|
STATUS TERKINI PENGISIAN DATA SSQS 2010. |
|
Ditulis oleh admin
|
|
Monday, 09 August 2010 |
Berikut adalah analisis terkini pengisian data SSQS (Smart School Qualification Standards) sehingga 30 Ogos, 2010. TAHNIAH KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MELAKSANAKAN PENGISIAN DATA INI.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 01 September 2010 )
|
|
|
MESYUARAT JK PROGRAM KEMBARA BUKU 1 MALAYSIA |
|
Ditulis oleh admin
|
|
Wednesday, 04 August 2010 |
|
PKG Muar dan Ledang telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Program Kembara Buku 1 Malaysia Sekolah-Sekolah Parlimen Pagoh anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Muar dan Ledang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Parit Setongkat, Muar. Program yang akan diadakan pada 16 hingga 19 September, 2010 ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Seramai 240 orang pelajar dan 60 orang guru pengiring akan menjadi peserta dalam program ini yang akan diadakan di Dewan Komplek Sukan Pagoh, Muar, Johor. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Kembara Motorsikal dari Putrajaya ke Pagoh, Infohunt, Bengkel Penulisan Buku dan perkhemahan. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 04 August 2010 )
|
|
|
Ditulis oleh admin
|
|
Monday, 26 July 2010 |
|
Makluman kepada semua Pengetua/Guru Besar/GPB/GPICT agar memulakan proses pengisian data SSQS bermula dari 19 Julai hingga 19 Ogos, 2010. Berikut adalah bilangan responden untuk pengisian SSQS 2010:
Sekolah Biasa 1. Pentadbir 2. Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT 3. 30 orang Guru merangkumi 6 Subjek Teras - Bahasa Inggeris ( 5 guru ) - Bahasa Malaysia ( 5 guru ) - Matematik ( 5 guru ) - Pendidikan Islam/Moral ( 5 guru ) - Sejarah/Kajian Tempatan ( 5 guru ) - Sains ( 5 guru ) 4. 30 orang Murid merangkumi 6 Subjek Teras - Bahasa Inggeris ( 5 murid ) - Bahasa Malaysia ( 5 murid ) - Matematik ( 5 murid ) - Pendidikan Islam/Moral ( 5 murid ) - Sejarah/Kajian Tempatan ( 5 murid ) - Sains ( 5 murid ) *Jumlah Responden = 62 orang
Sekolah Kurang Murid (SKM) :- 1. Pentadbir 2. Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT 3. 6 orang Guru merangkumi 6 Subjek Teras - Bahasa Inggeris ( 1 guru ) - Bahasa Malaysia ( 1 guru ) - Matematik ( 1 guru ) - Pendidikan Islam/Moral ( 1 guru ) - Sejarah/Kajian Tempatan ( 1 guru ) - Sains ( 1 guru ) 4. 6 orang Murid merangkumi 6 Subjek Teras - Bahasa Inggeris ( 1 murid ) - Bahasa Malaysia ( 1 murid ) - Matematik ( 1 murid ) - Pendidikan Islam/Moral ( 1 murid ) - Sejarah/Kajian Tempatan ( 1 murid ) - Sains ( 1 murid ) *Jumlah Responden = 14 orang |
|
|
BENGKEL i-NILAM DAN PENGUMPULAN DATA e-NILAM BULAN JAN - JUN 2010 |
|
Ditulis oleh admin
|
|
Wednesday, 14 July 2010 |
|
Tangkak, 13/07/2010 (Selasa) - Pusat Kegiatan Guru Tangkak telah mengadakan Bengkel i-Nilam dan pengumpulan Data e-Nilam bagi bulan Jan - Jun 2010. Bengkel ini telah disampaikan oleh PTP2 PKG Tangkak, En. Azman B. Masom.Semua Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah ahli PKG Tangkak telah hadir pada hari ini. Guru-guru diberi taklimat tentang penggunaan Aplikasi i-Nilam serta mengisi terus data-data yang berkenaan. Pengumpulan Data e-Nilam bagi bulan Jan -Jun 2010 juga dibuat. Semua GPM memberikan kerjasama yang baik sepanjang Bengkel dijalankan. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 14 July 2010 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 5 dari 74 |