pkg_bandar_kulai - Utama
Advertisement
Utama

Main Menu
Utama
Berita
Pergerakan Pegawai
Program NILAM
Pusat Sumber Sekolah
Pusat Akses Sekolah (PuAS)
Pasukan Konfigurasi Rangkaian (PaKaR)
Pusat Sumber PKG
Hubungi Kami
Cari
FAQ
Administrator
Login Form





Forgotten your password?
No account yet? Create one
Syndicate
Latest News

 
Newsflash

Julai - September 2008 

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dan Pembantu Tadbir PKG Bandar Kulai sedang membuat pengkatalogan semula bahan-bahan lama dan terbaru seperti buku-buku dan bahan-bahan bukan buku (CD/DVD dan lain-lain) yang dibekalkan kepada PKG.

Oleh itu kami akan menyenaraikan semua bahan-bahan tersebut dan melaksanakan proses pinjaman kepada warga pendidik seberapa segera selepas proses tersebut selesai.

26 dan 27 Ogos 2008

Pegawai Teknologi Pendidikan, En Mokhtar b Omar menghadiri Bengkel Pemurnian Video Korporat sekolah-sekolah Daerah Kulai selaku fasilitator di PKG Sg Sayong. Sebanyak 10 buah sekolah terlibat dan hasilnya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah-sekolah Daerah Kulai di SK Indahpura 2 jam 2.30 petang.

 27 Ogos 2008

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Majlis Guru Perpustakaan dan Media daerah Kulaijaya bilangan 5/2008 di PKG Sg Sayong jam 2.30 petang.

28 Ogos 2008

Mesyuarat Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2008 di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri Johor jam 2.30 petang akan dihadiri oleh Pegawai Teknopen PKG Daerah Kulai.

 

 
 

 
 
Selamat Melayari Laman Web PKG Bandar Kulai
Written by Web Master   
Saturday, 12 June 2004
Selamat Melayari Laman Web PKG Bandar Kulai. Semoga anda mendapat banyak manfaat dari laman web ini. Laman web masih dalam proses pembinaan dan kemaskini. Harap bersabar.
Last Updated ( Thursday, 14 August 2008 )
Read more...
 
Pusat Sumber Sekolah
Written by Administrator   
Monday, 09 August 2004

Pemantauan Pusat Sumber Sekolah Ahli-ahli PKG Bandar Kulai akan disambung semula pada 25 Ogos 2008 kerana pelbagai aktiviti yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu kami akan menghantar surat susulan kedua beserta jadual baru untuk makluman sekolah terutama Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

Setakat ini PKG Bandar Kulai telah memantau 10 daripada 33 buah sekolah ahlinya. Segala maklumat yang diperolehi hasil pemantauan akan disemak dan dilaporkan secara bertulis kepada pihak sekolah.

Last Updated ( Thursday, 14 August 2008 )
 
Pusat Akses Sekolah (PuAS)
Written by Administrator   
Monday, 09 August 2004

Kami memohon agar pihak pentadbir sekolah dapat memantau aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam bilik PuAS sekolah masing-masing. Didapati ada Guru Penyelaras PuAS yang tidak mengatur jadual kemasukan pelajar ke bilik tersebut dengan sempurna menyebabkan penggunaan bilik itu terlalu minima.

Mohon tindakan segera. 

Last Updated ( Thursday, 14 August 2008 )
 
 

Polls
Atlit Malaysia akan memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008...
  
Who's Online
We have 1 guest online
Popular
(C) 2008 pkg_bandar_kulai
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.