MESYUARAT KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Tarikh : 21 - 25 Ogos 2010
Tempat : Bilik Kuliah Cemerlang BTPN Johor
Pengerusi : Dr. Rosli bin Mohamed
Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia
KURSUS PENGURUSAN PEJABAT N17 PKG JOHOR (24-26 Ogos 2010)
Kursus yang dikendalikan oleh Unit Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan dengan kerjasama Unit IICT dan Unit PKG BTPN Johor adalah bagi mendedahkan kepada Pembantu Tadbir PKG hal ehwal pengurusan pejabat yang betul mengikut prosedur dan pekeliling terkini.
Seramai 45 orang Pembantu Tadbir PKG negeri Johor telah hadir mengikuti kursus yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka selama ini. Bulan puasa tidak menjadi halangan kepada mereka meninggalkan keluarga tercinta demi untuk memenuhkan ilmu berkaitan pengurusan pejabat.
KURSUS ICT (MICROSOFT POWERPOINT)
Beberapa pegawai dan staf BTPN Johor telah menghadiri Kursus Microsoft Power Point anjuran unit IICT BTPNJ. Ianya adalah bagi memenuhi keperluan kursus bagi pegawai dan staf yang belum cukup 7 hari berkursus.
Kursus satu hari ini diadakan pada 24 Ogos 2010, manakala fasilitator yang mengendalikan kursus tersebut adalah Us. Yusma Yusof (Unit PIM) dan en. Mokhtar Omar (Unit ICT).
MESYUARAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN AKTIVITI DAKWAH NEGERI JOHOR
JPNJ, Bagi menggerakkan aktiviti dakwah dengan lebih berkesan maka JPNJ di bawah Jawatankuasa MAKDIS telah menjemput Jabatan Agama Johor, BTPNJ dan Jemaah Nazir bagi sama-sama memikirkan aktiviti dakwah supaya lebih meluas dan berkesan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Johor, Hj. Markom Giran pada 16 Ogos 2010 di Bilik Gerakan JPNJ. Aktiviti dakwah peringkat sekolah didapati masih lemah ini disebabkan pertindihan pengoperasian aktiviti antara MAKDIS, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam di sekolah.
Aktiviti MAKDIS ini sangat penting bagi memantapkan pengangan agama remaja melayu yang kini semakin luntur dan rapuh ditambah dengan faktor-faktor luar yang semakin hebat. MAKDIS perlu diperkasakan bagi memastikan generasi hari ini menjadi aset negara yang berguna selaras dengan hasrat Teras 2 PIPP kata beliau.
KEMBARA MAHKOTA DAN MAJLIS SAMBUTAN 100 TAHUN SK BANDAR MERSING
MERSING, Kehadiran DYMM Tuanku Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Iskandar di SK Bandar Mersing walaupun dalam hujan lebat melambangkan keprihatinan dan kesungguhan DYMM Tuanku untuk bersama rakyat jelata.
Disamping Program Kembara Mahkota, Baginda telah merasmikan Majlis Sambutan 100 Tahun SK Bandar Mersing kira-kira jam 4.30 petang pada 08 Julai 2010. Majlis tetap berlangsung seperti yang telah dijadualkan walaupun ketika itu hujan masih turun renyai-renyai.
Beberapa persembahan daripada pelajar-pelajar telah dipersembahkan bagi mengiringi santapan Diraja.
KEPUTUSAN PTK TERKINI
BTPN Johor mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kepada calon - calon yang
telah mendapat keputusan A / IV sepertimana nama berikut ;
1. Pn. Haliza bte Ismail - PKG Permas Jaya
2. En. Mohd. Abu Yanin bin Azuli - PKG Bukit Gambir
3. En. Mohd. Azami bin Yasin - PKG Tasek Utara
4. Pn. Maznah binti Markan @ Markom - PKG Benut
5. Pn. Sarinah binti Md. Tap - PKG Serom
6. Pn. Nilam binti Tahir - BTPN Johor.